Chu Changsheng memandang dari Xiao Ya ke arah Bu Fang apabila dia ternampak Taotie Hitam sepintas lalu.
Roh Taotie Hitam bukan perkara asing baginya. Pada awalnya, roh itu dikurung di dalam badan Xiao Ya. Memandangkan budak perempuan itu masih membesar, pengadang itu semakin lemah. Di Jamuan Tuhan Pelahap pula, pengadang itu akhirnya runtuh dan membebaskan roh Taotie Hitam.
Walaupun dia tidak tahu mengapa atau bagaimana Bu Fang dapat menyerap dan menundukkan roh Taotie, tetapi itu merupakan berita gembira, bukan?
DI kemuncak hidup Taotie Hitam, kekuatannya setara dengan Taotie Putih. Jika dibandingkan dengan Taotie Putih, Taotie Hitam lebih ganas.
Itu juga merupakan sebab mengapa hanya Taotie Putih sahaja yang dikurung, tetapi Taotie Hitam dimusnahkan dan hanya tinggal rohnya.
Ketika ini, roh Taotie muncul dan Chu Changsheng dapat merasakan ketakutan roh itu. Ketakutan tersebut membuatkan Chu Changsgeng ragu-ragu.