Chereads / Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 633 - Kita akan Bertarung dengan “Haruman” Kita Bila Berlakunya Pencanggahan Pendapat

Chapter 633 - Kita akan Bertarung dengan “Haruman” Kita Bila Berlakunya Pencanggahan Pendapat

Zhou Tong tidak pernah menghidu bau yang sangat busuk seperti ini dalam hidupnya.

Apa yang menarik ialah bau busuk ini datang dari sejenis makanan… Apabila dia melihat orang-orang di sekelilingnya menikmati makanan ini, dia mendapati riak wajah mereka penuh dengan keseronokan dan kegembiraan.

Zhou Tong benar-benar bingung. Mungkinkah makanan yang mana bau busuknya dapat dihidu sampai ke syurga ini lazat?

Dia secara jujurnya tidak percaya makanan itu mempunyai rasa yang lazat. Sebagai seorang cef dari Lembah Pelahap, dia tidak pernah mencuba, mendengar ataupun menghidu sejenis makanan yang busuk tetapi mempunyai rasa yang lazat!

Hidangan yang busuk ini betul-betul mengubah pandangannya terhadap dunia ini.

Bu Fang perlahan-lahan keluar dari dapur. Dia mengelap titisan air pada tangannya selepas dia selesai memasak Tulang Rusuk Masam Manis dan Nasi Darah Naga untuk Cik Neraka dan Tuan Segala Anjing itu.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS