Chereads / Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 632 - Tauhu Busuk Tahap Tinggi

Chapter 632 - Tauhu Busuk Tahap Tinggi

Bunyi keriang-keriut bergema di udara.

Bu Fang membuka pintu pagar gangsa besar itu sambil memegang Kuali Buruj Penyu Hitam di sebelah tangannya. Dia mempercepatkan perjalanannya semasa dia melewati pintu pagar restoran itu.

Ramai pelanggan melihat Bu Fang dengan hairan kerana mereka tidak tahu apa yang Tauke Bu akan lakukan kali ini. Mereka hanya dapat melihat Bu Fang berjalan menuju ke Restoran Dewa Pelahap dan di situ, Zhou Tong sedang menggunakan penggoreng jeluk untuk menggoreng hidangan-hidangan yang aromatik.

Zhou Tong melebarkan matanya apabila dia melihat Bu Fang keluar dari Restoran Kabus Awan sambil memegang sebiji kuali. Dia terkejut dan tidak terkata apa-apa. Apa yang cef kecil itu mahu lakukan?

Tiba-tiba, mata Zhou Tong mengecil apabila dia melihat Bu Fang menghempaskan Kuali Buruj Penyu Hitam itu di atas tanah dengan kuat.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS