Chereads / Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 577 - Jika Kalian Tidak Boleh Penuhi Selera Saya, Maka Kalian akan Mati!

Chapter 577 - Jika Kalian Tidak Boleh Penuhi Selera Saya, Maka Kalian akan Mati!

Dalam lautan roh Pemerintah Zalim Bilah Agung.…

Bukankah lautan ini sepatutnya menggerunkan? 

Tetapi, melihat keadaan di hadapan mereka, selepas seketika Bu Fang menunjukkan wajah aneh.

Lautan itu luas. Namun begitu, bukankah ini hanya sebuah dapur yang lebih besar dari biasa? Bu Fang terkelu.

Udara di situ dipenuhi dengan bau minyak; Bu Fang memejamkan matanya dan sangat pasti di mana dia berada.

Dari jauh, kelihatan dapur yang banyak yang tersusun dekat-dekat. Beberapa dapur nampaknya baru digunakan kerana terdapat kuali yang masih kedengaran bunyi detus-detusnya. Sekali-sekala, api menjulang tinggi ke langit dan asap yang bergris berbau di udara.

Ramai calon-calon yang handal terkejut dengan apa yang mereka saksikan. Riak wajah mereka hambar. Apa yang berlaku di hadapan mereka berbeza dengan apa yang mereka bayangkan...

Bukankah sepatutnya lautan roh Pemerintah Zalim Bilah Agung sepatutnya menakutkan dan mengundang bahaya?

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS