Chereads / Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 572 - Bandar Bawah Tanah dan Cef

Chapter 572 - Bandar Bawah Tanah dan Cef

Tanah yang menyerap darah itu seolah-olah sedang mengalami perubahan yang aneh. Tanah itu mula bergegar dengan ganas seperti perut yang berkeroncong.

Selepas bergegar dengan agak lama, tanah itu mula merekah. Debu dan tanah kemudiannya disedut masuk ke dalam jurang maut itu.

Kuasa sedutan yang menakutkan itu membuatkan kedua-dua Bu Fang dan Si Putih terkejut.

Bum!

Rekahan itu semakin melebar dan mahu menyedut Bu Fang dan Si Putih seperti mulut seekor syaitan.

Mata ungu Si Putih berkelip-kelip dan sayap logam di belakangnya melebar. Bunyi yang terhasil apabila Si Putih melebarkan sayapnya bergema di udara dan mata ungunya bertukar menjadi kelabu dengan serta-merta.

Telapak tangan gergasinya yang berbentuk seperti sehelai daun itu memegang Bu Fang untuk mengelakkannya daripada disedut masuk oleh kuasa sedutan yang kuat itu.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS