Si Putih berjalan keluar dari dapur dan berdiri di tengah-tengah restoran kecil itu. Mata ungunya berkelip-kelip apabila boneka itu melirik ke arah Han Li.
Semua orang melihat Si Putih dengan bingung.
Mereka terkejut kerana Bu Fang menyuruh Si Putih untuk menyerang Han Li. Adakah Tauke Bu bodoh?
Walaupun boneka ini kuat, tetapi bolehkah boneka ini mengalahkan Han Li, iaitu seorang komander yang telah memecahkan lima belenggu Daulat Pertempuran? Mereka berdua juga bukan lawan yang berada di tahap pertapaan yang sama.
Menanggalkan pakaian? Kalau seseorang itu tidak boleh mengalahkan lawannya, bagaimana dia hendak menanggalkan pakaian lawannya?
Han Li telah membuat penyelidikan yang mendalam terhadap Bu Fang. Dia sudah lama mendengar tentang boneka ini. Walaupun begitu, dia membuat tidak endah terhadap Si Putih. Di dalam restoran ini, selain Tuan Segala Anjing itu, hanya wanita Alam Kubur itu sahaja yang menakutkannya.