Chereads / Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 537 - Cef yang Keras Kepala

Chapter 537 - Cef yang Keras Kepala

Pada keesokan harinya, matahari terbit di langit. Muka Bu Fang terasa gatal apabila sinaran matahari menyinari mukanya.

Dia membuka matanya dan bangun dari katil dengan perlahan sebelum dia meregangkan pinggangnya. Selepas Bu Fang mencuci mukanya, dia pun keluar dari bilik dan berjalan menuju ke restorannya.

Pada pagi itu, suasana di dalam restorannya sangat sunyi-sepi dan Bu Fang berasa agak hairan. Suasana pada malam semalam sangat riuh-rendah… Mengapa restorannya sunyi pula pada hari ini?

Selepas berfikir sejenak, Bu Fang melihat ke dalam Restoran Kabus Awannya dan dia terus ternampak Ayam Lapan Harta Karun itu.

Di kejauhan, Tuan Segala Anjing sedang tidur di bawah Pokok Pemahaman Laluan Lima Jalur. Kedengaran bunyi pernafasan yang tetap dari hidung Tuan Segala Anjing itu.

Salah satu tapak kakinya sedang menekan kepala Ayam Lapan Harta Karun itu.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS