Chereads / Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 521 - Lelaki Miang Datang ke Restoran

Chapter 521 - Lelaki Miang Datang ke Restoran

Senja berlabuh ketika Bu Fang dalam perjalanan pulang ke restorannya.

Tiada kesan aktiviti manusia di sekitar restoran. Semua orang sudah pulang untuk berehat.

Dengan papan iklan di bahunya, Bu Fang melangkah masuk ke pintu restorannya. Pintu gangsa itu berkerang-keriut tatkala ditolak oleh Bu Fang. Dia meletakkan papan tanda besar itu dan berjalan ke arah restoran.

Setibanya di dalam, Bu Fang merasakan dirinya direnung oleh dua pasang mata. Cik Neraka dan Si Hitam sedang duduk di meja makan yang agak jauh dari pintu. Mereka menjeling ke arah Bu Fang yang baru sahaja pulang.

Renungan mereka membuatkan Bu Fang terhenti seketika.

"Apa yang berlaku?" Bu Fang bertanya. Dia menarik kerusi dan duduk. Apabila seluruh beratnya berpindah kepada kerusi, dia menghela nafas berat dan bercadang untuk berehat seketika.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS