Betul tu!
Apa yang Bu Fang ingin buat kali ini ialah Penkek Tiram, yang mana bau harumnya akan tersebar sejauh sepuluh batu.
Sekiranya Tauhu Busuk adalah hidangan yang berbau paling busuk, maka hidangan yang paling wangi tidak lain tidak bukan ialah Penkek Tiram. Semua hidangan goreng sangat harum, terutama sekali hidangan seperti Penkek Tiram.
Ini adalah keputusan yang dibuat selepas dia memikirkan untuk masa yang lama. Sukar bagi Penkek Tiram biasa untuk memukau orang ramai, jadi Bu Fang menukar bahannya dan memilih yang lebih baik untuk membiarkan kesan Penkek Tiram mencapai tahap yang sangat menakjubkan.
"Baiklah, baiklah, asalkan kamu tidak membuat hidangan yang sangat busuk. Walaupun rasamya enak, bau busuk yang terhasil itu benar-benar tidak dapat ditanggung." Selepas memerhatikannya selama beberapa ketika, pengadil itu tidak menemui apa-apa yang salah tentang hidangan yang akan dimasak oleh Bu Fang.