Chereads / Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 439 - Tauke Bu… Saya Sangat Gembira Kerana Saya Masih Berpeluang untuk Berjumpa dengan Kamu Sekali Lagi

Chapter 439 - Tauke Bu… Saya Sangat Gembira Kerana Saya Masih Berpeluang untuk Berjumpa dengan Kamu Sekali Lagi

"Perubahan? Perubahan apa?"

Yang Meiji tergamam dan dia melihat imej yang muncul di atas azimat jed itu dengan bingung.

Itu merupakan imej Ahli Alkimia Tiga Awan Menara Pil, Mahaguru Xuan Bei.

Mahaguru Xuan Bei kelihatan agak gelisah dan cemas pada masa ini. Dia tidak terus bertengkar dengan Yang Meiji dan hanya menjawab dengan dingin, "Tak perlu tanya soalan lagi. Pulang ke sini sekarang. Alam Rahsia Laut Awan akan dibuka tak lama lagi dan kamu perlu bersiap sedia kerana saya akan bawa kamu masuk ke sana kali ni." 

Selepas Mahaguru Xuan Bei bercakap, imejnya mula berkelip-kelip sebelum lenyap.

Yang Meiji mendapati dia tidak ada pilihan lain. Dia hanya melihat Bu Fang dengan kecewa.

"Saya merancang untuk bantu kamu di restoran ni… tapi nampaknya saya tak sempat untuk berbuat demikian. Lelaki tadi merupakan mahaguru saya." Yang Meiji tersenyum apabila dia menceritakan tentang lelaki itu kepada Bu Fang.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS