Chereads / Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 427 - Si Putih, Pemilik Kamu Pandang Tinggi Terhadap Kamu

Chapter 427 - Si Putih, Pemilik Kamu Pandang Tinggi Terhadap Kamu

Cak! Cak!

Bunyi pakaian dikoyak bergema di dalam telinga semua orang.

Mata dua orang Daulat Pertempuran itu penuh dengan ketakutan. Walaupun mereka mahu mengajar Bu Fang yang angkuh itu, tetapi ketibaan Si Putih membuatkan mereka menjadi takut.

Apakah benda ini?

Bum! Bum!

Mereka berdua dihumban keluar dari Restoran Kabus Awan. Mereka tercampak ke udara dan jatuh berdebup di atas tanah.

Semua orang tergamam kerana mereka tidak tahu apa yang telah terjadi.

Orang yang paling tergamam di situ ialah lelaki yang berasal daripada keluarga besar itu. Dialah yang mengarahkan dua orang Daulat Pertempuran itu untuk menyerang restoran itu. Dia terkejut dan takut. Dua orang Daulat Pertempuran itu jatuh betul-betul di hadapannya. Kebogelan mereka juga mengejutkan lelaki itu. Dia tidak tahu mengapa dua orang pengawalnya telah dihumban keluar.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS