Chereads / Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 392 - Pemburuan Udang Lipan Agung yang Berterusan dan Kejam

Chapter 392 - Pemburuan Udang Lipan Agung yang Berterusan dan Kejam

Cak, cak, cak!

Paya yang telah kering itu bergegar apabila orang ramai berlari keluar dari lombong kristal itu.

Raut wajah Wu Mu kelihatan hodoh semasa dia memegang pedang panjangnya dan tenaga pedangnya menjadi gila.

Rambut hijau Pemerintah Ular menggerbang dan dia mengibaskan ekor birunya apabila gelombang daya tulen melonjak keluar dari badannya.

Bukan mereka berdua sahaja. Tubuh Raja Ular, Du Kai masih diselubungi dengan petir, tetapi dia berlumuran darah dan dia juga kehilangan separuh daripada sisik birunya.

Mata mereka terpaku pada pintu masuk lombong kristal yang gelap itu dan mereka menarik nafas panjang.

Bum!

Satu gegaran lagi berlaku di dalam lombong itu dan ramai lagi orang yang berlari keluar dari situ. Namun begitu, seorang daripada mereka telah ditangkap oleh beberapa ekor binatang semangat. Dia tercampak ke udara dan jatuh ke tenah dengan kuat sehingga terbentuk sebuah kawah di bawah tubuhnya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS