Chereads / Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 353 - Boleh Tak Anjing Ini Tidur dengan Nyenyak?

Chapter 353 - Boleh Tak Anjing Ini Tidur dengan Nyenyak?

Api menyala dengan marak di dalam lubang api yang besar itu. Walaupun api itu tinggi sampai ke langit, tetapi api itu tidak mengandungi tenaga semangat. Semua orang memerhati api itu dengan teliti. 

Tanpa Api Obsidian Syurga dan Bumi itu, api di dalam lubang itu hanyalah api biasa sahaja.

Oleh itu, lubang api itu tidak menjadi pusat perhatian mereka lagi.

Jalan di situ lekak-lekuk dan permukaannya penuh dengan kesan retakan. Di atas jalan itu juga, terdapat sebuah lubang yang berbentuk seperti bentuk badan manusia, tetapi boneka yang dikalahkan oleh Tuan Besar Sekta Shura itu hilang tanpa kesan. 

Semua orang menarik dan menghembus nafas supaya mereka boleh menghilangkan perasaan bingung yang menyelubungi hati mereka. Mereka sangat terkejut. Tidak kira sama ada Bu Fang telah menelan api itu ataupun boneka mekanikal itu telah bertempur dengan mereka berlima, tetapi mereka rasa yang mereka telah menimba banyak pengalaman. 

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS