Chereads / Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 239 - Keyakinan Seorang Cef

Chapter 239 - Keyakinan Seorang Cef

Wanita ular Yu Fu menggoyangkan ekornya sambil menuju ke Restoran Fang Fang. Dia juga sedang memegang bekas makanan walaupun wajahnya nampak tidak senang.

Dalam bekas makanan itu, terdapat Nasi Goreng Telur yang telah dimasaknya. Bu Fang telah memberitahu Nasi Goreng Telur itu perlu mencapai jangkaannya sebelum dia mengambil Yu Fu sebagai perantis. Walaupun Yu Fu memasak dari semasa ke semasa dalam Puak Orang Ular, dia tidak pernah mendapat latihan secara rasmi dalam masakan. Oleh itu, dia tidak tahu sana ada Nasi Goreng Telur ini boleh lulus ujian atau tidak.

Bila dia masuk ke dalam restoran, Yu Fu dapat merasakan satu suasana yang menyeramkan.

Pelanggan-pelanggan dalam restoran itu cuba menyembunyikan rasa geli hati mereka. Ekspresi sengsara mereka antara perasaan mahu ketawa atau menangis itu menyebabkan mereka nampak seperti sedang sembelit. 

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS