Krak, krak, krak!
Bunyi langit membelah bergema di seluruh Bandar Diraja. Dengan senjata di belakang mereka, seorang demi seorang pahlawan yang tidak terkira banyaknya meluru ke arah lokasi Buah Pemahaman Laluan Lima Jalur itu, iaitu di Restoran Fang Fang.
Mereka semua bukanlah Santo Pertempuran kelas ketujuh. Terdapat juga beberapa Raja Pertempuran kelas kelima dan Maharaja Pertempuran kelas keenam dalam kalangan mereka. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai sasaran yang sama dengan Santo-santo Pertempuran, iaitu untuk mendapatkan Pokok Pemahaman Laluan Lima Jalur itu.
Seseorang itu sangat bertuah apabila dia berjaya memperoleh harta karun yang jarang ditemui. Bagaimana kalau seseorang itu secara kebetulan dapat memperoleh Buah Pemahaman Laluan Lima Jalur itu?