Chereads / Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 214 - Sami yang Rendah Hati Cuma Cemburu dengan Badan Tuan Segala Anjing yang Berotot-otot

Chapter 214 - Sami yang Rendah Hati Cuma Cemburu dengan Badan Tuan Segala Anjing yang Berotot-otot

Di jalan Bandar Diraja, di dalam lorong yang sunyi, di luar Restoran Fang Fang.

Cahaya bulan menyinari kegelapan malam. Seekor anjing hitam yang besar dan gemuk sedang berjalan seperti seekor kucing dan membayangi lorong yang sunyi-sepi itu.

Tuan Segala Anjing itu melihat si bahlul botak yang berani mengacukan pisau ke arahnya dengan acuh tak acuh.

Pada masa itu, di dalam benak hatinya, Shang De rasa seperti sepuluh ribu ekor anjing hitam yang besar sedang berlari ke arahnya. Bagaimana anjing hitam besar di hadapannya ini boleh membuka mulutnya dan bercakap? Apa yang sedang berlaku sekarang?

Shang De terus bangun dari lantai dalam ketakutan. Semasa dia memikirkan bagaimana anjing itu boleh bercakap, dia tiba-tiba sedar betapa teruknya situasi yang sedang dihadapi olehnya pada saat itu.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS