"Cik… jangan buat begitu!"
Mata Tuan Ah Wu hampir tersembul mendengar cadangan Wu Yunbai. Oh tidak, cik puan, kenapa perlu sibuk-sibuk cari masalah macam ni? Dalam Bandar Diraja sejak akhir-akhir ni, walau tindakan kecil pun akan menyebabkan kesan berantai. Kita tak mahu jadi duri dalam daging untuk Santo-santo Pertempuran lain. Susah nanti!
Walaupun Vila Awan Putih agak berkuasa, namun, mereka hanya berdua dalam Bandar Diraja Empayar Bayu itu.
Wu Yunbai langsung tak menghiraukan penafian Tuan Ah Wu dan pandangannya masih terpaku pada Ah Ni.
Pemerintah Ular yang tinggi dan berkuasa itu merupakan seorang legenda kerana berjaya membina puak orang ular yang sangat berkuasa untuk mengimbang balas Vila Awan Putih.
Wu Yunbai membesar sambil membaca legenda Pemerintah Ular seperti dicatatkan oleh Vila Awan Putih. Walaupun dia sudah tidak mampu mengira generasi ke berapa Pemerintah Ular yang terkini, dia masih berminat dengan Pemerintah Ular itu.