Chereads / Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 153 - Babi Hutan Panggang yang Mahu Naik ke Syurga

Chapter 153 - Babi Hutan Panggang yang Mahu Naik ke Syurga

Lemak di seluruh badan Ah Lu menggeletar apabila dia mengayun pisau dapur yang besar di tangannya dengan laju sekali. Matanya yang kecil itu juga penuh dengan keyakinan semasa dia memotong daging panggang yang besar itu.

Setiap kepingan daging panggang yang telah dipotong olehnya jatuh ke atas beberapa biji pinggan di atas meja. Setiap pinggan mempunyai sekeping daging panggang. Apabila lima biji pinggan sudah diisi dengan daging panggang, Ah Lu meletakkan pisau dapurnya di atas meja. Kemudian, dia mengambil satu senduk sos dan menuangkannya ke atas kepingan daging panggang itu.

Aroma daging yang lazat disertai dengan aroma masam manis sos itu tersebar ke udara dengan serta-merta dan menusuk hidung orang-orang yang berdekatan.

Kemudian, Ah Lu memberi isyarat kepada sida-sida itu sajiannya sudah boleh dihidangkan.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS